Friday, September 23, 2011

.: tak tenang di malam pertama :.



petikan mymetro :::


JOHOR BAHRU: Malam pertama seorang pengantin baru tidak seindah diimpikan apabila dibayangi lapan along yang memburunya selepas gagal melunaskan pinjaman berjumlah RM10,000 yang dibuat sebagai hantaran kepada keluarga pengantin perempuan.
Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Zali, 24, berkata, dia juga terpaksa berlakon gembira ketika diraikan sebagai raja sehari di atas pelamin ketika majlis persandingan berlangsung di rumah pengantin perempuan di bandar raya ini, awal bulan lalu. 

Zali berkata, nasibnya ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ apabila menanggung hutang along yang mengenakan kadar faedah pinjaman hingga 200 peratus. 


“Saya kekurangan wang untuk menyediakan wang hantaran serta perbelanjaan lain lalu meminjam wang daripada along kerana buntu selepas tiada sesiapa dapat membantu.




“Along pertama meminta saya memasukkan RM1,000 ke dalam akaun banknya sebagai cagaran bagi mendapatkan RM10,000 dan selepas melakukannya, dia berdiam diri walaupun dihubungi beberapa kali,” katanya.


details



assalamualaikum korunk semuaa...

sudah baca harian metro untuk ini hari ?? sungguh menghayatkan hati kan baca kisah Zali ni.. hanya kerana ingin memenuhi kehendak pihak pengantin perempuan, dia sanggup berhutang dengan "along"... kalau dulu cikbee suka tengok siti sifir dalam A.L.O.N.G.. heee, korunk yg sebaya cikbee mungkin masih ingat siti sifir ni kann...

ok, back to d topic la kann... kalau korunk sayangkan bakal suami korunk, sanggup ke korunk nak biarkan si bakal suami meminjam dengan geng2 along ?? sedangkan kita sedia maklum tentang along ni kan ?? lainlah kalo si bakal suami ni seorang yg kaya dan raya.. itu lain cerita nya.. kalo mampu itu no hal.. kalo tak mampu, berpada pada lah...

lagipon, bila dah nikah, korunk tinggal bersama gakkan ?? hutang yg dibebani oleh suami tu pon turut ditanggung korunk kan?? sape yg susah ?? korunk dan suami korunk jugakkan?? 
fikir2kanlah...

tidak perlu hiraukan pandangan orang kampung, sedara mara or rakan taulan sekiranya mereka memandang rendah or even mencemuh tentang wang hantaran korunk. kerana bukan mereka yg tanggung beban2 selepas majlis tu kan..? 
lagipon, kebahagiaan rumah tangga bukan boleh diukur pada jumlah hantaran.. 
am I right ?



till then...
renung2kan...
dan jangan bebakna bakal suami mu...
selamat beramal kawan2...
sambung wat keje !!
yeayy !! 
cikbee PENAT !!
heee







No comments: