Friday, September 30, 2011

.:suami ikat, PERKOSA isteri degil :.



sumber :: myMetro

sudah baca ???
cikbee TAAAAAAAAAAAAAKOOOTTTTTT... !!!


para suami sekelian alam ,,,
banyak lagi cara nak mendidik isteri anda...
berkasar bukanlah caranya...

oleh itu, carilah ilmu dan selamilah ilmu agama dalam bab2 ini sebelum melayari bahtera perkahwinan anda...
bagi yg sudah berkahwin, teruskan mendalami ilmu agama agar rumahtangga aman damai dan sejahtera..




till then,
papaiiii..






.: MAKIN MAHAL TAJAAN MAKIN TAK CUKUP KAIN ! :.


oh cikbee menyampas
oooooOhkeyhhhh...
tengok paper arini ??
suda baca wedding eksklusif memek eh silap, memey dengan norman ???
cukup tidak suka..!!

kalo korunk nak tengok,
                                                                 --------> klik sini  ...
cikbee kecik n tolong tutupkan siket mana mana yg terdedah tuu...




ok, sudah tonton ??
amacam ?? seksa tak ??
even tho' cikbee bukan amek jurusan fesyen, tapi cikbee nak komplain lah siket..

bagi cikbee, gaun tu tak lah nampak 12 juta pon..
sebab guna kain macam tak cukup je kan ?
pastu, kita sebagai orang islam, janganla nak tiru sangat gaun mat salleh or mek2 salleh tu..
ni tidak, gaun tu sampai paha kot ??
apakata labuhkan siket..
kan sopan tuu...
tak gitu kengkawan ??



p/s:: kawan cikbee kat alam maya ni, 
cikbee nak nasihatkan, janganlah seksi seksa sangat ye...
kesianlah dekat kaum adam tu... 
kot kot nanti terliur dorang duk tengok keputihan 
dan kegebuan tubuh badan kaum hawa tu nanti...
kang tak pasalpasal ter "on*ni" dalam toilet gara gara keseksian kamu...
nauzubillah...
ingatlah sahabat, dunia ni sudah meniti di akhir zaman..
bermakna, khiamat sudah hampir tiba...
sama samalah kita berubah kearah kebaikan...
:) 






Tuesday, September 27, 2011

.: solat itu tiang agama :.


tak kira dimana kita berada berada, apa yg kita lakukan, 
sembahyang tetap sembahyang..







thanks to mpkb-bri kerana menyediakan tempat untuk berwuduk..
alhamdulillah..
masih ada yg perihatin dalam bab2 solat..




p/s:: harap2 menanglah red warriors ini malam...



till then..
papaaaiii...



sambung kerja !!




Monday, September 26, 2011

.: 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk neraka :.



SHARING IS CARING...
sumber :: facebook amirul mujahidin


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik

masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)


2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)
NAUZUBILLAHH..


3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)


4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)


Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!








Sunday, September 25, 2011

.: nEnaS yang COOL :.



cool kann ??!




hupdate tuu jee...
barang siapa yg mau jumpe nenas yg cool, 
silalah berkunjung ke HPPNK..
jom jomm...
banyak lagi yg menarik...




Saturday, September 24, 2011

.: bersanding, perlukah ? ? :.



sumber dipetik dari :: Halaqah.net


SOALAN:
Berikutan penerangan ustaz di dalam akhbar Utusan Malaysia pada Jumaat 28 Ogos 2009 mengenai hal-hal adat Melayu yang boleh membawa kepada syirik kepada keesaan Allah, saya amat berharap agar ustaz dapat menjelaskan tentang hukum upacara bersanding dan merenjis semasa adat majlis perkahwinan orang Melayu.


Jawapan:

Hukum Bersanding


Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.

Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.

Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.

Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.

Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.

Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.

Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.

Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.

Itulah masalahnya; manusia hanya akan mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.

Hukum Adat Merenjis


Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.

Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka". (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).

Dalam hadis lain yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka". (Musnad Ahmad)

Dua hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari Islam.

Namun begitu, jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.

Memang benar, panel turut mengakuinya. Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.

Wallahu 'Alam.







till then,
papaiii..
renung2kan...


nota tangan:: 
asyik cakap pasal 
nikah je cikbee ni kan..
teheeee...









Friday, September 23, 2011

.: tak tenang di malam pertama :.



petikan mymetro :::


JOHOR BAHRU: Malam pertama seorang pengantin baru tidak seindah diimpikan apabila dibayangi lapan along yang memburunya selepas gagal melunaskan pinjaman berjumlah RM10,000 yang dibuat sebagai hantaran kepada keluarga pengantin perempuan.
Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Zali, 24, berkata, dia juga terpaksa berlakon gembira ketika diraikan sebagai raja sehari di atas pelamin ketika majlis persandingan berlangsung di rumah pengantin perempuan di bandar raya ini, awal bulan lalu. 

Zali berkata, nasibnya ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ apabila menanggung hutang along yang mengenakan kadar faedah pinjaman hingga 200 peratus. 


“Saya kekurangan wang untuk menyediakan wang hantaran serta perbelanjaan lain lalu meminjam wang daripada along kerana buntu selepas tiada sesiapa dapat membantu.




“Along pertama meminta saya memasukkan RM1,000 ke dalam akaun banknya sebagai cagaran bagi mendapatkan RM10,000 dan selepas melakukannya, dia berdiam diri walaupun dihubungi beberapa kali,” katanya.


details



assalamualaikum korunk semuaa...

sudah baca harian metro untuk ini hari ?? sungguh menghayatkan hati kan baca kisah Zali ni.. hanya kerana ingin memenuhi kehendak pihak pengantin perempuan, dia sanggup berhutang dengan "along"... kalau dulu cikbee suka tengok siti sifir dalam A.L.O.N.G.. heee, korunk yg sebaya cikbee mungkin masih ingat siti sifir ni kann...

ok, back to d topic la kann... kalau korunk sayangkan bakal suami korunk, sanggup ke korunk nak biarkan si bakal suami meminjam dengan geng2 along ?? sedangkan kita sedia maklum tentang along ni kan ?? lainlah kalo si bakal suami ni seorang yg kaya dan raya.. itu lain cerita nya.. kalo mampu itu no hal.. kalo tak mampu, berpada pada lah...

lagipon, bila dah nikah, korunk tinggal bersama gakkan ?? hutang yg dibebani oleh suami tu pon turut ditanggung korunk kan?? sape yg susah ?? korunk dan suami korunk jugakkan?? 
fikir2kanlah...

tidak perlu hiraukan pandangan orang kampung, sedara mara or rakan taulan sekiranya mereka memandang rendah or even mencemuh tentang wang hantaran korunk. kerana bukan mereka yg tanggung beban2 selepas majlis tu kan..? 
lagipon, kebahagiaan rumah tangga bukan boleh diukur pada jumlah hantaran.. 
am I right ?



till then...
renung2kan...
dan jangan bebakna bakal suami mu...
selamat beramal kawan2...
sambung wat keje !!
yeayy !! 
cikbee PENAT !!
heee







Tuesday, September 20, 2011

.: HARI PELADANG, PENTERNAK & NELAYAN peringkat negeri kelantan :.



assalamualaikum korunk...
cikbee super duper busy smpai xdapat nak online langsung..
ni curi curi online.. heee..
just wanna share about this programme..
sesapa yanga ado kat qlate tu, jgn lupa mari sinih deh..




till then..
papaiii..
jom wat keje... !!
ohh  lupaa...
retiss pon datang tau..kita ada nash  dan  juga ezad exist...
jooommm  !!!





Friday, September 16, 2011

.: pernah rasa rindu :. warning !!gambar banyak giler!!


assalaaaamualaikum !!
hye peeps...<----bajet artis la kann sangat..hii

korunk pernah tak rasa rendhu hinggakan you keep rewind the same pic again n again ???
hah !! 
itulah yg terjadi pada kuuuu...

pe ?? pe ??
musti korunk ingat cikbee rendhu kan boipreng ka hapa kann ??
no.. no.. noooo...
cikbee rendhu kan BUMI KENYALANG...
rendhu sangat sampai tiap2 hari dok nengok gambar samaaa...
banyak kenangan manis, pahit, masin, payau and segala bagai kenangan lagi lah...
antaranyeeee....






cikbee rendhu kan ikan arapaima..
yg mana tak nampak pon ikan sepisis tuu..hihii
-
-
-
cikbee rendhu kan buaya buaye yg super duper manyak kat jong's crocodile..
nengok tuuu,, siap bole pegang ekorrr boooyaaaa... ;P

-
-
-

cikbee rendhu kan taman sahabat..
tengok tugu tu, cantikk kan...

-
-
-

rendu jugak everise...
everise memang glamour dekat bumi kenyalang...
rindu jugak minah2 cung depan kaunter tuhh..

-
-
-

rendu tasik unimas... jugak kolej alamanda..
cikbee turut merindui orang duk pegang camera tuuu..
:(

-
-
-

rendhu pada kecantikan waterfront...

-
-
-
rumah panjanggggg.. 
kat qlate takda rumah panjang camnih...

-
-
-

rendhuu korunk !

-
-
-
and last but not least,,,
pakcik kiterrr...
lama suda tidak ketemu..
rendhuu sama kitak eh..





till then,,
papaaaiii..
entry rendhuuu..








Thursday, September 15, 2011

.: masjid yang UNIK :.


assalamualaikum semuaaaa....

teringin menjejakkan kaki ke masjid yg unik lagi pelik...
tak caya ???
nengok bawah ni...
ohkeyyhhh..
jom menabung, kita pakat g niger utara...




unik kaannn ???!
tak macam masjid pon kan..




till then...
papaiiii...
lupe nak gtau...
ini masjid namanya 
masjid agadez..
ohkeyhhh..
;)







Wednesday, September 14, 2011

.: tak tahu kenapa :.


ntah kenaapaa..
tak tahu kenapa cikbee suka tentang Datuk SMS ni...
bila ada kluar magazine, cikbee terbeli..sebenarnya cikbee tak mahu beli pon...
macam terdapat daya tarikan ghituuu...
berhantu sungguh...
naknak lagi bila beliau meng "hupload" gambar baby beliauuu...

layan ah pic bawah nih..
shhoooomelll kan...
datuk pon handsome !!
heee..





time shoot for mingguan wanita.. 
beli la magazine ni, banyak lg gambo menarik ooo..




ini dalam fanpage beliauuu....




till then...
pappaaaiii...
nite peeps...





Friday, September 9, 2011

.: tips memulakan perniagaan :.



berniaga merupakan punca rezeki yg utama...
namun, tak semua mereka yg berniaga menjumpai jalan kejayaan..
ada yg kecundang ditengah jalan dan ada juga yg kecundang ditepi jalan.. heh. heh.
jadi disini, cikbee mau berkongsi sedikit sebanyak ilmu perniagaan yg cikbee ada untuk di share2 kan..
sebagaimana korunk tahu @ tidak, cikbee juga turut berniaga dan cikbee mmg suka berniaga...
side income dia besssttt !!
ohkeyhh...
macam biasa, sharing is caring.. kannn..??!


mari sini bace...

1) fikir betul2, apa kelebihan yg korunk adaa... sebagai contoh, pandai memasak...
so, korunk bole bukak kedai makan...

2) jangan tiru orang lain.. contoh, kawan kamu maju dalam perniagaan kain, kamu pun nak bukak kedai kain jugakk... itu tidak digalakkan... korunk kene buat sesuatu dgn kemampuan yg korunk ada.. bukan tiru orang lain... lainlah kalau korunk pon ada skill dalam menjual kain, itu memeng digalakkan ...

3) modal... cari dulu modal sendiri.. jangan terus fikir nak buat loan... biar kedai kecik janji income masyukkk.. kalo buat loan, belum tentu kedai korunk akan maju kan? sedangkan tiap2 bulan wajiblah membayar tanggungan hutang yg korunk buat tuuu... ye dop??

4) jangan ada perasaan malu... sesetengah pihak malu untuk berniaga.. yelaaa, ada degree takkan nak menjual kat pasar malam jek ?? aiipp !! haroom cakap macamtu.. rezeki Allah ada dimana2, tak semestinya korunk berdegree ka, master ka, phd kaa, rezeki tu ada dimana2... cuma kamu sahaja yg perlu mencarinyaa... sebagai contoh, gaji bulan2 kamu rm1900.. basic degree la kan.. tiap2 bulan, korunk dapat rm1900 je la kan? tak bertambah or even berkurang... tapi kalo berniaga, tak mustahil korunk dapat lebih dari tu kan ?? :))

5) rajin.. korunk kene rajin bukak kedai.. jangan hangat hangat taik ayams jek...

6) rela berkorban... huhuu, ni yg payah ni.. korunk kene rela berkorban masa korunk... masa untuk berlepak lepaking denga members... korban masa dating dengan orang2 korunk sayang.. n korbankan juga masa tidur korunk.. :((

7) doa agar dimurahkan rezeki... itu sudah semestinya bagi kita orang muslim...



ohkeyh lah.. cikbee ase cukop dah kot tips ini.. baca2kan dan selamat beramal...


till then..
papaiii..





Thursday, September 8, 2011

.: dunia semakin mahal :.


assalamualaikum korunk semuaaa...


masih dalam mood raya ? mau keje tapi malas ??
taip ON MALAS dan hantarkan ke 8888 ...
hahaaa.. cikbee melalut dah ni...
ohkeyhhh seteret to da point k...



korunk tak rasa tension tak hidup di dunia zaman sikalang ni??? iyelah, mana tidak nye,
gula dah mahal...
tepung dah mahal...
ayam dah mahal...
minyak dah mahal...
senang kata semua dah mahal lah...


ni haa, yg terbaru, 15 september ni, kepada insaninsan yg pakai talipong semua kene bayar extra dah...
pakai talipong pon dah dikene kan tax woooooo...jangan memain kauuu...haiiyoooo...
hebat kan dunia sikalang...???
semua dah naikk...


lagi satu,, khursus nikah pon dah naikk weeeiiii...
taon lepas rm50 jek.. sikalang rm70.. yeeehhaaaaa...
kalo ton depan tidok tahu lah cikbee brape rege nyeee... ok, sesape duk area bachok kelantan,
28 & 29 ni ada satu slot pra-perkhawinan tau.. kalo sesape nak attend,
sila dapatkan borang di Balai Islam Lundang keyhh...
jumm sesame pergi khursus pra-perkhawinannn..
hoyeehhhhhhh....



nota mata :: cikbee xbrapa sihat, 
korunk doa2kan agar cikbee cepat2 sembuh ye.. 
saayang korunk... :)

till then..
pappaaaaiii....