Tuesday, April 1, 2014

HADIAH UNTUK PENGANTIN

Assalamualaikum..


Apa khabar hari ini ?
Ok, hari ini dah 1 April 2014 kan ? Cepat sungguh masa berlalu..
Macamana cuti sekolah itu hari ? Di kelantan, jalan jammed teruk.. Fuhh !!
Line maxis pun buat hal jugak. Hihi. Sabar je lah..

Kalau kat kelantan ni, bila cuti sekolah je, mesti ada bekwoh.
Kalau bahasa kampung cikbee bigwork atau kenduri.. Ehehee..

Jadikan, apa yang selalu anda bawakan kepada pengantin?
Asyik asyik set gelas. Asyik asyik set pinggan mangkuk.
Macam tak best je kan ??

Nak sesuatu yang best tak ?
Cuma hadiahkan sahabat handai anda dengan
EXCLUSIVE GIFT ni..
Ohh, memang RARE oke !!

Boleh tengok contoh dibawah...



Mozek custome made. Saiz 8 inci. FREE design!!
Boleh print gambar pengantin @ gambar sendiri buat kenangan.




Custome made casing. Samsung Galaxy Tab 2 7.0 .
Boleh print gambar pengantin @ gambar sendiri. FREE design !!


Ada yang berminat tak ??

Kalau ada, meh save dan call no ni.. 01125746452..
Nak wassup wassup boleh save no ni.. 016 9517930..

Nak harga kasih sayang, boleh ke page cikbee di
Walid Creative Enterprise


Tata. Ketemu lagi nanti..
Insha Allah..

Posted via DraftCraft app

Monday, March 31, 2014

BERNIAGA vs MAKAN GAJI -irfan khairi-

Assalamualaikum sahabat,  

Disini, ingin cikbee kongsikan satu perkongsian hebat dari saudari Irfan Khairi.
Jom kita baca pengisian hebat ini..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selamat bertemu kembali dalam artikel dalam keluaran kali ini dan penulis ingin berbicara tentang kepentingan memilih jalan perniagaan sebagai cara hidup.
Sepertimana yang kita semua sedia maklum, Islam amat menggalakkan perniagaan sebagai kerjaya umat muslim. Kita perlu yakin bahawa 9/10 sumber rezeki datangnya dari jalan perniagaan. Namun begitu, berdasarkan fakta, tahukah anda bahawa dalam komuniti manusia, hanya 1/10 sahaja yang menjalankan perniagaan sedangkan 1/10 inilah yang menjana pendapatan yang lumayan dan dari 1/10 ini, hanya 5% sahaja yang benar-benar kaya raya, yang lain hanya kaya biasa-biasa dan sebilangan besar mereka pula pernah merasa erti kegagalan dan kerugian puluhan ribu ringgit mahupun jutaan ringgit.
Sebenarnya, tidak ramai yang sanggup untuk berusaha keras untuk menjadi kaya, namun apabila ditanya tentang adakah anda mahu kaya? Rata-rata menjawab; “Ya, sudah pasti saya mahu kaya!”.
Apabila diajak untuk berniaga, mereka mula menjawab; “Baik sahaja aku makan gaji, kerja senang, bulan-bulan dapat gaji tetap, rajin ke malas ke, tetap dapat gaji!”
Mengapa berlaku sedemikian?
Penulis ingin bawakan kepada para pembaca sebuah kisah yang boleh dijadikan pengajaran buat semua para pembaca sekalian. Ayuh teruskan membaca dan sama-sama kita hayati maksud tersirat yang ingin penulis cuba sampaikan.

KISAH SEKUMPULAN SEMUT DAN SEEKOR KELDAI PEMBAWA BARANG


Pada suatu hari, seekor keldai sedang beristirehat kerana merasa kepenatan setelah memikul barangan yang membebankan. Beban yang cuma sebesar setengah daripada punggungnya itu telah diletakkan dipunggungnya oleh majikan keldai itu. Keldai tersebut hanya mengikut sahaja perintah majikannya tanpa banyak soal walaupun hakikatnya ia sudah terlalu letih membawa bebanan tersebut.
Perjalanan tersebut begitu berat ditambah pula hari yang begitu panas terik, maka keldai itu pun beristirehat di pohon rendang, dengan nafas yang termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih. Ketika keldai itu sedang beristirehat, tiba-tiba lalulah segerombolan semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira sambil membawa beban makanan mereka. Keldai itu mula tertarik melihat gelagat sekumpulan semut tersebut.
Semut-semut tersebut semuanya kelihatan gembira sambil membawa beban masing-masing, ada yang membawa bangkai, tulang-tulang binatang termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya lagi. Keldai itu berasa hairan apabila melihat segerombolan semut itu senang hati dengan riang gembira bernyanyi- nyanyi.
Semut-semut itu juga melihat keldai terduduk dalam keadaan kepenatan. Sebaik sahaja menghampiri keldai tersebut, ketua semut itu bertanya kepada keldai, “Hai keldai, apa yang sedang kamu lakukan di sini.”
“Saya sedang berehat wahai semut,” jawab keldai tersebut.
“Kenapa kamu kelihatan begitu penat sekali?” tanya semut lagi.
“Itulah dia saya begitu penat sekali sebab membawa beban ini, beban yang tidak sebesar badanku ini tapi tersangatlah penat bagiku,” jawab keldai itu lagi.


------- mahukan sambungan ?? --------





Thursday, March 27, 2014

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY

7 AMANAT TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY KPD USAHAWAN ISLAM

#1 – Fokus Sebelum Pelbagaikan Perniagaan

Beliau nasihatkan agar para usahawan fokus kepada satu perniagaan terlebih dahulu sehingga stabil dan menguntungkan sebelum mempelbagaikan perniagaan. Beliau mempelbagaikan perniagaan setelah perniagaan pertama beliau telah stabil dan menguntungkan.

Perniagaan pertama perlu kukuh sebelum anda mempelbagaikan perniagaan supaya jika perniagaan yang baru kita ceburi tidak maju, maka kita boleh kembali kepada perniagaan pertama yang kita usahakan.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

“Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah” tambah beliau dengan nada cukup rendah diri.

#2 – Kejayaan Perlukan Masa

Beliau juga nasihatkan agar usahawan muda jangan cepat nak berjaya. Setiap usaha sememangnya perlu melalui fasa kesusahan, cabaran dan sebagainya.

Beliau mengambil contoh diri beliau sendiri yang bermula dari bawah dengan membantu ayahnya menjual lembu dan kerbau di kampung sebelum mencapai tahap sekarang.Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang.

Biasanya apabila memperolehi kejayaan yang singkat, mudah jugalah untuk perniagaan yang kita usahakan itu jatuh. “Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang” jelas beliau ringkas.

#3 – Jangan Putus Asa

Ini adalah frasa yang kerap keluar dari mulut beliau. Beliau menjelaskan setiap perniagaan sama ada kecil ataupun besar akan mempunyai masalah, cabaran dan karenah yang tersendiri. Oleh itu, para usahawan tidak boleh mudah berputus asa dan tunduk dengan masalah.

Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan.

“Saya ni tiada apa-apa, tiadaapa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan” jelas beliau sekali lagi dengan nada rendah diri.

Beliau ada berkongsi susah payah mengenai perniagaan pertama yang beliau usahakan bersama rakan kongsi bukan bumiputera.

Bagaimana rakan kongsi tersebut menekan beliau sehingga terpaksa menggadaikan dua lot tanah milik keluarga untuk dijadikan modal tambahan bagi mengekalkan penguasaan share majoriti di dalam syarikat Bukhary Rice Sdn. Bhd.

“Kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya masa tu, maka kami sekeluarga boleh kehilangan tempat tinggal” jelas beliau.

#4 – Jangan Sekadar Mengharap Dibantu

Beliau sering mengingatkan bahawa beliau hanyalah orang biasa yang diberi peluang oleh kerajaan. Apabila diberi peluang, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh terhadap peluang tersebut.

Oleh itu, beliau berpesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dibantu.

Ramai orang Melayu apabila kerajaan anugerahkan projek, mereka lebih cenderung untuk berikan projek tersebut kepada syarikat lain untuk usahakan kerana mengejar keuntungan jangka masa pendek. Majoriti syarikat Melayu akan memberikan projek kepada syarikat bukan bumiputera untuk mengusahakannya sebagai sub-company.Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti.

“Saya diberikan 3 permit lori untuk membawa beras dan saya apply loan MARA untuk membeli lori. MARA berikan saya cukup-cukup RM110,000 untuk belikan sebuah lori. Ada usahawan Cina datang nak beli atau sewa dua lagi permit saya, tetapi saya tak bagi. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti” kata beliau.

#5 – Yakin Dengan Diri Sendiri

Beliau juga mengharapkan agar para usahawan yakin dengan diri sendiri dan apa yang sedang diusahakan. Ramai usahawan bumiputera tidak boleh berjaya bukan kerana idea mereka tidak bagus, tetapi kerana tidak yakin dengan diri mereka.

Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita.

“Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita” jelas beliau.

#6 – Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri

Beliau terkenal sebagai seorang usahawan yang banyak memberi kembali kepada masyarakat. Malah beliau mempunyai lebih kurang 260,000 pekerja yang berkait secara langsung ataupun tidak dengan semua syarikat milik beliau. 80% diperuntukkan untuk golongan bumiputera.

Apa yang lebih menarik, beliau tidak menjual perniagaan beliau kerana memikirkan nasib golongan yang bergantung kepada syarikat beliau untuk mendapatkan sumber rezeki.

Jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan.

“Kedai dan lori-lori untuk perniagaan pertama saya masih lagi ada di Kedah. Perniagaan itu masih berjalan seperti biasa. Setiap lori akan ada tiga orang pemandu, jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan” jelas beliau.

#7 – Usahawan Islam Ada Akhirat

Beliau juga berpesan bahawa setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia akhirat tetapi usahawan bukan Islam berniaga untuk dunia sahaja.

Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha.

“Jadi jangan risau kalau kita tengok kenapa bangsa lain yang bukan Islam lebih berjaya di dalam perniagaan kerana Allah dah janjikan dunia buat mereka. Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha” jelas beliau..



Best tak ? 
#SyabiebieyHalym

Sunday, March 23, 2014

101 IMPIAN

assalamualaikum


Kat sini cikbee nap share 101 impian yang cikbee ingin capai dalam masa
5 tahun kedepan ni. sebenarnya nak simpan sorang2 je. Tapi, Tuan Guru tidak mengizinkan.
Beliau suruh upload. Biar orang lain tahu apa ynag kita impikan.
Ok, cikbee pun upload lah kat sini..



101 IMPIAN.

Alhamdulillah, saya tuan nurhariani tuan halim sangat bersyukur
dan berterima kasih atas nikmat yang Allah kurniakan diatas
pencapaian saya sepanjang tahun ini.
Syukur Alhamdulillah..
 1 Saya sudah dapat capai RM1 JUTA dalam akaun syarikat Walid Creative Enterprise (WCE) pada 14 September 2014.
 Saya sudah consistent solat dhuha setiap hari mulai hari ini.
 Saya sudah consistent bangun solat tahajud start today.
4 Saya sudah tidak tinggal solat lima waktu.
 Saya sentiasa bercinta dengan walid dan anak2.
 Saya sudah besarkan kolam jiwa saya dengan memaafkan orang lain.
7 Saya sudah menderma sokmo2 start hari ini.
8 Saya sudah dapat menunaikan umrah bersama suami dan anak2 pada hujung tahun 2014 ini.
 Saya sudah membeli macbook air untuk kegunaan bisnes pada 2014.
10 Saya sudah membeli iMac untuk kegunaan anak2 agar mereka celik it dan tidak mudah terpengaruh dgn dunia luar awal tahun 2015.(sbgai pengenalan awal anak2)
11 Saya sudah dapat memberikan sumbangan sebanyak RM2000 kepada keempat empat ibubapa saya pada setiap bulan secara konsisten tahun 2016.
12  Saya sudah dapat menambah bilangan perkerja WCE pada bulan MAY 2014
      13  Saya sudah, memenuhi WCE cawangan kedua dengan stok pada APRIL 2014.
      14  Saya sudah saya diizinkan Allah sekali lagi hadir ke seminar DAO iaitu MMM di The Mines bersama suami pada 30 April 2014 ini.
      15   Saya sudah ada, www.syabiebieyhalym.blogspot.com menjadi domain sendiri. Bukan blogspot lagi.
1     16  Saya sudah membeli tv plasma yang paling besar dirumah ma dan ummi. Yang ada basikal skali tu.
       17  Saya sudah menyiapkan pagar dirumah ma dengan membeli cat yang ma idamkan 2016.
1    18    Saya sudah siapkan, rumah ummi sepenuhnya pada tahun 2015. Siapkan sutuh, baiki dapur, tandas, belikan semua kipas untuk diletakkan dalam bilik.
1    19     Sudah Belikan ummi set meja dapur dan set sofa yang baru.
      20  Saya sudah belikan ma kerusi urut Osim untuk dia dan pa berurut dirumah time letih.
21)                   Setiap bulan saya dan walid ke spa untuk me’reward’kan diri sendiri.
22)                   Saya sudah melangsaikan hutang2 lama saya.
23)                   Saya sudah melangsaikan yuran ikah yang tertonggak banyak bulan dah sebelum ikah keluar maahad.
24)                   Saya sudah mebeli dan menyewakan kedai dan memberikan ma dan umi kedai itu dan jadikan mereka sebagai tuan punya kedai 2017.
25)                  Setiap kali hari raya, saya sudah belikan pakaian baru kepada keempat2 ibubapa, adik2 ipar saya dan adik2 saya. Pakaian yang branded. Bukan lagi pakaian yang murah2.
26)                  Saya sudah mampu membeli emas lagi selepas habis bayar emas ansuran yang bernilai RM3k ++ ini, dec 2014. ( sebagai simpanan masa hadapan )
27)                  Saya sudah saya menghadiahkan sebuah seorang kereta import, bukan kereta Malaysia kepada keempat empat ibubapa saya. Agar mereka senang bergerak untuk ke masjid atau mendengar ceramah.
28)                   Saya suami dan anak anak ,sudah memakai pakaian yang berjenama dan berketerampilan kemas.
9)                  Saya sudah, mampu belikan ma, ummi, hayfa, qairina berutas utas gelang dan rantai tangan setiap orang pada tahun 2015.
30)                   Saya sudah membawa walid dan anak anak dan adik adik ipar serta ummi dan abah menaiki bot di The Mines bulan Jun 2014 ini bercuti.
31)                   Setiap kelahiran anak yang baru, saya sudah membelikan 2 keping emas dinar sebagai simpanan.
32)                   Saya sudah membuka cawangan WCE sebanyak 5 cawangan sebelum 2016.
33)                   Saya sudah membeli dan menaiki kereta Peugeot 508 RXH pada 2015.
34)                   Saya sudah membina sebuah masjid di setiap negeri di Malaysia pada tahun2017.
35)                   saya sudah sentiasa menyalurkan sumbangan kepada umat islam di luar Malaysia yang memerlukan sumbangan contoh Syria, Palestine.
36)                   3 tahun akan datang, saya sudah membeli kereta Jaguar Land Rover untuk bawa anak2 ke sekolah.
37)                   Saya sudah melancong dengan walid dan anak2 kelilingi dunia untuk mengenal bangsa dan budaya lain serta melihat kebesaran Allah taala.
38)                   Saya sudah melancong ke India melihat Taj mahal pada awal tahun 2015.
39)                   Saya sudah ke paris, melancong bersama walid dan anak2 pada musim salji 2015.
40)                   Saya sudah memberi hadiah perkahwinan kepada adik saya, hazim dan harith sebuah wisma kedai di kubang kerian bila mereka kawin nanti.
41)                   Saya sudah Membeli tanah dan membina rumah idaman dikelantan. Rumah kayu jati, dikelilingi kolang yang dipenuhi dengan ikan koi. Ada swimming pool dalam master bedroom. Lokasi di Bandar kota bharu/kubang kerian.  Nilai rumah RM1 juta. Bulan dec 1017.
42)                   Saya sudah hadirkan diri menambah nilai ilmu dalam bidang pelaburan SAHAM.
43)                   PROJEK 4 TAHUN. Saya sudah membuka cawangan lain selain daripada printing, saya sudah membuka cawangan seperti
44)                   (A) Walid Car (untuk eksport import kereta).
45)                   (B) Walid Chicken (menggantikan KFC agar orang Islam tak lagi ragu2 memakan ayam yg halal).
46)                   (C) Walid Consortium (pengangkutan bas atau teksi agar umat islam senang keluar Bandar atau balik kampung)
47)                   (D) Walid Cat (memastikan cat yang bermutu dan halal tanpa campuran haram)
48)                   (E) Walid Condominium (mencegah maksiat berlaku, seperti hotel2 murah lain)
49)                   (F) Walid Cosmetik (sy nak pastikan semua cosmetic sy HALAL)
50)                   (G) Walid Carpet (sy nak bantu saudara mara je yg jual karpet. Bukan dimonopoli tokseh lagi)
51)                   (H) WALID CLASS tuisyen untuk anak2 melayu
52)                   (I) Walid Publisher (saya sudah publish buku2 ilmiah dan islamik dari penulis Islam melayu)
53)                   (J) Walid Jobs ( saya sudah jadi perintis pekerjaan untuk anak2 melayu kita)
54)                   (K) Walid Canopy ( memudahkan agar adik2 dan anak2 saya senang utk buat majlis tertentu )
55)                   saya sudah membaiki jalan di kampung bakong degnan jalan tar pada 2014.
56)                   saya sudah Masuk majalah @ tv9 dan TV3 untuk berkongsi mengenai produk  dan service WCE.
57)                   Saya sudah menerbitkan sebuah Ebook yang bermanfaat pada 2014
58)                   saya sudah membeli kereta Jaguar Land Rover warna putih 2016 .
59)                   saya sudah mendermakan rm1000 untuk setiap masjid. Dan menubuhkan Walid Well untuk bersama2 menderma.
60)                   Saya sudah dinner menyambut anniversary dgn walid di restoran menara KL pada 2/2/15.
61)                   Saya sudah membeli 5 sets correle untuk perhiasan dan makan dirumah ma tahun 2015.
62)                   Saya sudah membeli 5 sets correle untuk perhiasan dan makan dirumah umi tahun 2015.
63)                   Saya sudah mengumpulkan brand Tupperware untuk simpan brg2 dapur saya pada tahun 2014.
64)                   Saya sudah membeli tayar baru kereta gen 2 hujung tahun 2014
65)                   saya sudah membeli sport rim baru kereta gen 2 hujung tahun 2014.
66)                   Saya sudah membaiki tandas dalam bilik saya tahun 2014.
67)                   Saya sudah menyiapkan pagar yang besar di rumah umi pada tahun 2015.
68)                   Saya sudah memiliki set sofa yang tercantik untuk rumah impian saya.
69)                   Saya sudah membawa ma/umi/pa/abah ke langkawi berjalan2 untuk shpping tahun 2014.
70)                   Saya sudah mempunyai tv plasma untuk rumah baru bila ia siap.
71)                   Saya sudah memiliki breast pump brand freestyle medela swing pada kehamilan seterusnya.
72)                   Saya sudah memiliki camera DSLR Nikon D3200 warna merah tahun 2014.
73)                   Saya sudah upgrade ipad mini sy ke ipad air tahun 2014.
74)                   Saya dan walid sudah memiliki iphone 5c tahun 2014.
75)                   Saya sudah membeli second imac untuk kegunaan ikah kakya dan ajit sekali dengan home wifi terlaju sebab kg bakong xda line sangat tahun 2015.
76)                   Saya sudah membeli macbook air kepada harith sekali broadband untuk kegunaan harian @ sekolah @ university.
77)                   Saya dan walid sudah ada seutas jam jenama Michael kors awal tahun 2015.
78)                   Saya sudah membeli satu kondominium di kota singa tahun 2018.
79)                   Saya dan walid sudah memjadi CREW DAO tahun 2014.
80)                   Saya sudah membeli semua buku keluaran Richworks.
81)                   Saya sudah membeli sepasang kucing jenis garfields tahun 2014.
82)                   Saya sudah membeli wisma satu sorang kpd hayfa dan qairina tahun 2018.
83)                  Saya sudah ke mekah setiap tahun bersama keempat2 ibubapa saya.
84)                   Saya sudah membeli rumah @ penthouse di US pada tahun 2018.
85)                   Saya sudah membina satu taman perumahan ang bernamakan TAMAN FATIMAH sempena nama ma tahun 2018.
86)                   Saya sudah membeli wisma ko umi senang utk dia bisness atau kutip hasil je.
87)                   Saya sudah menerbitkan buku2 soalan bahasa inggeris utk setiap tingkatan tahun 2015.
88)                   Saya sudah menjadi multimillionaire pada tahun 2019.
89)                   Saya sudah mengambil anak angkat 7 orang di Syria @ palastin pada 2019.
90)                   Saya sudha ada kereta  audi pada tahun 2017.
91)                   Saya sudah berguru dengan Hj Asri dalam bidang pelaburan tahun 2015.
92)                   Saya sudah berguru dengan IR Sofian dalam pelaburan emas tahun 2015.
93)                   Saya sudah menuntut ilmu dgn penganggur jutawam pada tahun 2015.
94)                   Saya sudah pandai melabur dalam bursa saham 2015 dan create passif income.
95)                   Saya mewakafkan 1k setiap bulan kpd masjib2 yg memerlukan.
96)                   Saya sentiasa beristiqomah dalam setiap apa kelakuan yg saya lakukan.
97)                   Saya sudah belajar bahasa arab dengan fasih.
98)                   Saya sudah memahami dan mendalami ayat2 @  maksud alquran.
99)                   Saya sudah membeli 100 naskah alquran, 100 telekung  dan agihkan ke setiap masjid diseluruh Negara.
100)              Saya sudah berhijrah, berniqab sepenuhnya dan terusan beristiqomah.
101)              Saya sudah terlampau bersyukur kerana semua impian saya telah tercapai. Alhamdulillah syukur ya Allah.

Wednesday, March 19, 2014

WALID CREATIVE ENTERPRISE cawangan ke-2

Assalamualaikum..

Rasanya cikbee belum share kan cerita pembukaan kedai Walid Creative Enterprise cawangan kedua kan.

Ok, suka cikbee kongsi disini yang kedai WCE 2 tu dibuka di Bukit Marak Kelantan. Kalau nak lebih spesifik lagi di bangunan WISMA RYSM. Baru bulan ni sewa. Barangan pun belum di tambah selia lagi. Kekangan masa disitu.

Ok, bagi warga kelantan mana yang nak datang, jemputlah datang ya. Tapi kene call dahulu sebelum buat temujanji ya.
Calling calling kalau nak dating dating ya !

Ok, ini gambar lama yang mana baju pun sama jugeks. Ahahaa.

Jangan marah ya !




Jumpa lagi..
Lots of Love,
#SyabiebieyHalym
Pakar Revolusi Hadiah

INTENSIF MAGNET KEKAYAAN DAN KEJAYAAN [IMKK] MAC 2014

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, syukur cikbee dan suami mampu menghadirkan diri ke IMKK di The Mines minggu lepas.


Ramai yang tanya, berapa bayaran ? Makan dan tempat tinggal dia sediakan tak ? Senyum cikbee. Ini bukan "kursus" macam yang selalu kita buat tu. Ini kelas untuk kita belajar untuk kaya dalam penuh keberkatan. Memang orang gila-gila je nak datang sini. Hehe.


Cikbee tak nak cakap banyak, sebab ramai yang tak suka dengan mentor cikbee ni. Cikbee pun hairan. Kenapa sinis dengan DAO ? Apa yang mentor cikbee buat? Mungkin sebab DAO muitimillionaire, tu yang ramai orang dengki dan tak suka. Kan ?
Nasiblah mana yang tak suka beliau.
Tapi, cikbee dan suami suka sangat sangat dan sangatttt !!! Sebab apa? Sebab cikbee nak berjaya, kaya dan raya seperti beliau. Insha Allah dalam penuh keberkatan. Amin.


Ok, sebenarnyakan, anda wajib hadiri sendiri kelas beliau.
Barulah anda rasai apa yang cikbee rasa.
Dan selepas IMKK, sampai je kat rumah, banyak benda best yang berlaku !!
Masya Allah.. Alhamdulillah, syukur nya aku..




Ok, terimalah gambar cikbee yang comels ini. Hihi.
Perasan sangat kan !! Hehe

Jumpa lagi..
Insha Allah..
#SyabiebieyHalym

Monday, February 24, 2014

Dr Azizan Osman jutawan ??? TIPU JE TU..

Assalamualaikum.


Lama cikbee menyepi kan.
Sibuk dengan work dan kembar..

ok, sini cikbee nak share cerita dimana sabtu haritu, cikbee dan walid ke seminar BANGKIT 2014.
Kembar, cikbee tinggalkan kat maa cikbee.. hehe.

Sebenarnya ramai yang tak suka dengan Dr Azizan Osman a.k.a DAO ni. cikbee pon tak tahu kenapa. Ramai yang cemburu dengan kejayaan beliau. Untuk pengetahuan korang semua lah kan, DAO ni bukan jutawan pun.
Siapa kata dia jutawan ??

Hellooooo.. !!
Juatawan ke dia ?? TAK ok TAK !!!
Beliau ialah MULTI BILLIONAIRE ok ...
Beliau mempunyai 27 syarikat derr.. Bukan 1, tapi dua puluh tujuh..
hah .. mana ada jutawan kan..

Yang paling sentap sekali dia tanya,
selama anda hidup ni, berapa biji rumah dah anda invest ??
yang angkat tangan 3 4 orang je daripada 3000 orang yang hadir.
yang ada sebijik rumah sendri pun sikit je.
huhuu..
sedih kan..

jadi, alhamdulillah. Wishlist 2014 cikbee dimakbulkan untuk daftar ke seminar lanjutan. MasyAllah. Gembira tak terkata cikbee. Dan yang paling bestnya, cikbee berjaya heret sekali walid ke seminar lanjutan ini.

Bestt !!!!
Teruja nak pergi belajar nih..

ok, itu sahaja cikbee nak share cerita.
Impian cikbee, jadi jutawan hartawan dan dermawan dunia dan diakhirat.
insha Allah.

Berniaga itu sunnah Nabi Muhammad saw. Dan jangan buat buat tak tahu, 9/10 daripada rezeki itu adalah dari perniagaan.


p/s:: Kalau ada siapa yang berminat nak join seminar free DAO ini,
boleh ke FB beliau di alumni atau bakal alumni program Dr.Azizan Osman.
Kalau tak silap cikbee masih ada kekosongan di beberapa lokasi.


Jumpa lagi. Selamat menuntut Elmu ...











Monday, January 13, 2014

KEYCHAIN BAJET

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Ada lagi jobs menyusul..
100 keping keychain telah siap untuk dihantar..



Maaf lambat update.. Ini tempahan dari customer TSHIRT vespa tempoh hari ye..
Kenapa cikbee kata ia keychain bajet ?
Sebab keychain ni murah je..

Hanya RM 2.50 sekeping dengan minima order 100 keping.
Juga boleh dijadikan doorgift untuk hari bersejarah anda.

Ok, jumpa lagi..
Untuk keterangan lanjut,
boleh hubungi cikbee dan walid di talian,


011 257464 52

016 9517930


Sekian dulu,
Assalamualaikum..

SyabiebieyHalym
Pakar Revolusi Cenderahati Malaysia