Tuesday, August 23, 2011

.: dalam diam kita riak :.


assalamualaikum semuaaa...

puasa tak?
ok, entri kali nih cikbee nak menceritakan tentang
satu perasaan yg mampu mengurangkan pahala kita iaitu riak...
kadang2, semasa kita menuturkan kata, kita tidak tahu yg kata2 tu berunsurkan riak sedangkan kita langsung tidak terniat untuk meriakkan diri.. (heee ayat terbelit2) senang kata tidak sengaja.. mungkin kita terlalu obses dengan kesenangan yg kita miliki ? mungkin...


jadi, jauhkan lah dari sifat2 takbur dan riak ini kerana ia dapat memusnahkan pahala...
mungkin, pihak yg mendengar turut mempunyai PHD ? Penyakit Hasad Dengki yg mana mereka mencemburui kesenangan, kebahagiaan dan kemewahan yg telah kita perolehi.. sementelah lagi pabila kita mengagung-agungkan kebahagiaan kita pada sesetengah pihak...


oleh itu, bersederhanalah dalam sesuatu agar tidak timbul perasaan riak didalam diri kita..
bersyukurlah dengan kurniaan Allah di atas muka bumi ini kerana kita hanyalah pelakon yg meminjam pentas dunia yg sementara ini... semoga  cikbee sekeluarga serta kawan2 terhindar dari sifat riak dalam diam ini.. nauzubillah...
banyakkan beristiqfar...




till then,
papaaaiiii...
p/s:: jom tambah pahala laagiii 
sementara ramadhan masih ada..





Sunday, August 21, 2011

.: kuih taik itik :.


assalamualaikum korunk semuaaaa....
arini cikbee nak story mory pasal kuih pelik kat qlate ni...


--
--
--
--
--


ok, tgk dah? tahu tak kuih ape tu? kalo tak kenal meh cikbee kenalkan...

yg bulat macam tak bulat tu, dipanggil kuih buah tanjung...
yg panjang macam bihun tu jala mas...
n yg putih tu kuih taik itik...heheee.. taik itik nye letak nama..huhuu..
utk pengetahuan korunk yg xtahu ttg kuih ni, kuih2 ni semua nya manis2 okeyhh...



till then,
papaii..
p/s:: selamat berbuka ya..
kalo mai qlate jgn lupa try kuih muih ni..
especially taik itik tuh.. 
:)






Saturday, August 20, 2011

.: 10 malam terakhir dahhh :) :.



sharing is caring..
sumber :: iluvislam 

Antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr
Cukuplah saban tahun kita mengorbankan 10 Malam Terakhir Ramadhan dengan persiapan Hari Raya, berlepak-lepak, dan bermain mercun bagi kanak-kanak. Cubalah kita persiapkan awal-awal lagi persiapan raya itu agar kita dapat menumpukan perhatian pada 10 Malam Terakhir Ramadhan tahun 2011 ini. Apasalahnya kan?
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar". (al-Qadr: 1-5)
Dalam surah ini kita melihat kelebihan malam al-Qadar iaitu;
Ia merupakan malam penurunan al-Quran. Menurut Ibnu 'Abbas; penurunan yang dimaksudkan ialah penurunan al-Quran secara sekaligus dari Luh Mahfudz ke Baitil-'Izzah yang terdapat di langit dunia/pertama. Setelah itu barulah diturunkan berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun.Beramal pada malam al-Qadar lebih baik dari beramal selama seribu bulan (iaitu 83 tahun 4 bulan) yang tidak terdapat di dalamnya malam al-Qadar.Pada malam itu, Jibril dan juga para malaikat turun ke langit dunia atau ke bumi dengan membawa kebaikan dan keberkatan yang ditetapkan Allah untuk tahun tersebut hingga datang malam al-Qadar berikutnya. Menurut Imam Ibnu Kathir; "Banyaknya malaikat yang turun pada malam al-Qadar adalah kerana banyaknya keberkatan malam tersebut. Para malaikat turun bersama turunnya berkat dan rahmat sebagaimana mereka turun tatkala mendengar bacaan al-Quran, mereka melingkungi halaqah-halaqah zikir dan mereka membentangkan sayap-sayap mereka kepada orang yang keluar mencari ilmu untuk membesarkannya".Malam al-Qadar itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar, yakni; pada malam tersebut Allah tidak mentakdirkan melainkan perkara-perkara yang baik, selamat dan sejahtera. Ada ulama' berpendapat; pada malam al-Qadar itu para malaikat yang turun akan mengucap salam kepada sekelian orang beriman yang mereka temui sama ada lelaki atau perempuan.


sabda Nabi Muhammad s.a.w ::; "carilah lailatulqadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah R.A



till then..
papaaiii...

jom terawikhh...







Thursday, August 18, 2011

.: bilakah malam LailatulQadar :.


sharing is caring...
sumber :: iluvislam

Lailatul Qadar adalah satu malam yang amat istimewa. Pada malam tersebut Allah s.w.t. telah menurunkan al-Qur'an dan para malaikat membawa ketetapan Qadha' dan Qadar untuk setahun berikutnya. Selain itu malam tersebut adalah lebih baik dari 1000 bulan yang lain.
Bilakah Lailatul Qadar? Lailatul Qadar jatuh pada salah satu malam yang ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. menerangkan: "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan." [Shahih al-Bukhari, hadis no: 2017]
Ada pandangan yang berkata Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 bulan Ramadhan. Pandangan ini sebenarnya kurang tepat kerana tidak berasal dari al-Qur'an atau al-Sunnah yang sahih. Beberapa sahabat Rasulullah ada mengatakan mereka menemui Lailatul Qadar pada malam 27, akan tetapi ia hanya berlaku pada tahun tersebut. Pada tahun-tahun yang lain, ia jatuh pada malam yang lain. Ini kerana malam Lailatul Qadar sentiasa berubah-ubah dari tahun ke tahun. Yang diketahui adalah ia akan jatuh pada salah satu malam yang ganjil pada sepuluh malam yang terakhir. Kenapakah Allah dan Rasul-Nya tidak menetapkan satu tarikh yang pasti?
Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan hikmahnya: "Milik Allah-lah hikmah kebesaran yang ada di sebalik rahsia-rahsia-Nya. Sekiranya kita mendapat keyakinan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam tertentu sahaja, tentu semangat kita mengendur di sepanjang Ramadhan dan merasa cukup dengan menghidupkan malam yang ditentukan itu sahaja.
Kerahsiaannya merupakan pendorong untuk melakukan amal pada bulan itu seluruhnya dan melipat gandakan amal tersebut pada sepuluh malam terakhir. Ini mengandungi kebaikan yang sangat banyak bagi individu mahupun jamaah. Hal ini sebagaimana Allah s.w.t. merahsiakan saat yang doa menjadi mustajab pada hari Jumaat agar kita sentiasa berdoa kepada-Nya sepanjang hari Jumaat. Allah juga merahsiakan Nama-Nya yang paling agung yang apabila digunakan pasti akan dikabulkan-Nya, agar kita berdoa dengan menggunakan nama-Nama baik-Nya (al-Asma al-Husna) secara keseluruhan." [Fiqh al-Siyam, ms. 176-177]


p/s:: jom sesama kita TOPUP pahala..
bukan tepon je yg kene topup yee...
till then..
papaiiii...





Wednesday, August 17, 2011

.: UCAPAN AIDILFITRI: DARI SAYA UNTUK EQBALZACK :.




assalamualaikum korunk...
malam ni, tgh bw tu cikbee terjumpa satu belog tersohor jugak ni.... 
iaitu belog kurasakan something dari EqbalZack.com a.k.a abg eq... disebabkan cikbee baru terjumpa belog abg eq, 
jadi cikbee mau mencoba nasib lah kat sini.. 
harap2 sempat la join GA ni...sebab tarikh tutup dia 17 ogos 2011 tau... 
korunk kalo nak join gak meh la bagi ucapan kat abg eq ni...


jadi, cikbee mau kasi ini kad raya khas untuk abg eq...





semoga kad raya yg tak seberapa dari cikbee ni selamat sampai dan diterima abg eq...
heee...


till then...
papaiii...
nota poket:: mau duit rayaaaaa...









Thursday, August 11, 2011

Wednesday, August 10, 2011

.: jagalah isteri ke-4 korunk :.


From:: Blog Teh Secawan

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!


sharing is caring..
slamat beramal korunk semuaaa...
till then,
papaiii...






Sunday, August 7, 2011

.: patutlah buat anak tu best :.


quote balik ayat kat atas...
"patutlah buat anak tu best"... ok ape dalam pemikiran korunk agak2nye ye?? heee...
jangan pk yg tuttt aje tau... maksud cikbee disini, buat anak tu best sb kejadian seorang anak tu sangat unbelievable n sgt terrific lah !! mana taknye, kita dapat melihat dia membesar dari sebesar tapak tangan
kita n makin membesar, membesar n membesar... mesti mak ayah kita bangga ada anak macam kita,
besar macam kita, handsome n cantik macam kita n segala2 nya lah macam kita... sebab tu orang2
zaman dahulu suka beranak ramai..
tak sunyi katanya...

sunyi ??

yup, bila beranak ramai, hidup kita tak berapa nak sunyi lah berbanding dengan anak tak berapa ramai ni...
n cikbee jugak mengalami perasaan yg sama... even tho' cikbee nikah nye belom tapi cikbee dah rasa kesunyian pabila tiada anak2... mana taknya, hanya cikbee mak n ayah saja tinggal dirumah ni..
masing2 sudah berumah tangga siap ada pintu pagar lah lagi..hihii.. sampaikan adik cikbee yg dua org tu pon abes dibawa tinggal bersama mereka.. jadi tinggallah kami bertiga sahaja... sunyi tau..
sunyi sampaikan nak berbuka puasa pon sekadar mengalas perut je.. mana taknya,
selera makan beramai2 tu tak seberapa rancak bila ramai2 ada berbuka bersama2...

mungkin dulu cikbee tak berapa merasai perasaan ini oleh kerana tuntutan ilmu jauh nun di bumi kenyalang menyebabkan cikbee tak merasai kesunyian yg dirasai sekarang.. dulu cikbee merasakan pulangan cikbee sentiasa dinanti2kan namun kini semuanya sudah berubah.. sudah tidak seperti dulu lagi... sekarang hanya cikbee yg merasai perasaan sunyi itu.. menanti anak2 sedara yg cumil2, adik2 n kakak2 untuk pulang berbuka bersama..

patutlah orang suka buat anak sebab ada anak ni sangat best n suatu anugerah yg indah !!!
tapi ada jugak yg sanggup buang anak... :(((



p/s:: cikbee lupa nak bagi salam..hee..
assalamualaikum korunk...hohooo..
till then, 
papaiii...







Saturday, August 6, 2011

.: tutorial camne nak buat border :.


assalamualaikum...

ok, hari ni cikbee mau buat tutorial yg di "request" aritu...
camne nak wat border kasi belog kemas..

follow ini step ya,

> macam biasala, sign in la dulu...
> then bukak dashboard, pastu pergi ke design..
> klik kat template designer.. nengok bawah ni...




> next, korunk klik kat advance n pilih gadget background macam kat bawah ni... then korunk decide la kaler kegemaran korunk.. n make sure yg border color dgn background color tu berbeza ye.. barulah ada kontra dia.. misal contoh coba korunk tengok cikbee punya border color dgn background color.. 
dua kaler yg berbeza kan? 




> last but not least, untuk menghindarkan skema punya ayat border korunk tu di makan space atau senang kata jadi separuh je border tu, korunk klik kat adjust witdh..



then, korunk adjust lah secantik yg mungkin lebar mana yg sesuai dgn kelebaran border korunk tu.. ya..
so, selamat mencoba ye... 
drop your comment if u hav a question ya..


till then..
papaiiii..









Friday, August 5, 2011

.: jangan kerana sejadah pahala jemaah hilang :.


assalamualaikum semuaaaa...

solat terawikh katne tadi ye korunk??
entri kali ni cikbee mau crita ketidakpuasan hati kat jemaah2 solat terawikh tadi...
bila saf tak penuh, bole aje diorang tinggalkan kosong je...??? rata2 daripada mereka buat donno je...
makcik2 adik2 kakak2, janganla kerana sayangkan sejadah, korunk sanggup buang kesempurnaan solat berjemaah tu pulak ye.. apalah sangat kalo nak dibandingkan dgn sejadah korunk tu... kann..
takke rugi namanye...



Anas bin Malik menerangkan, 
"Bahawasanya Nabi saw berkata, "Perbaikilah saf2mu, 
kerana memperbaiki saf itu(meluruskannya) adalah dari kesempurnaan sembahyang."
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

sedangkan nabi Muhammad saw sendiri yg mementingkan hal ini takkan kita nak ignore kan aje ??
tepuk dada tanyalah selera...




till then,
papaiii..





.: Aku Join Bloglist Ramadhan Umar Faruq!! :.


nak join?? jom klik bawah ni..


       okeyh.. bila cikbee duk skodeng belog umar faruq ni, cikbee rasala kan, better letak border dekat belog post or even kat gadget post tu pon.. sebab nampak sikit separation between booth of column kan.. pastu tang kaler itam tu, cikbee suka dah sebab itam merah n kunin ni salah tiga kaler ferevet lah.. n ape kata fb badge tu letak kat atas ? cikbee ase its better kot.. urm tang lain2 ok dimata cikbee...


      kelebihan ramadan antaranya ialah, terdapat malam lailatulqadar,, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar itu?Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar."
 [Al Qadr: 1-5], selain itu kita juga akan diampunkan segala dosa yg lalu,,, "Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) dengan penuh keimanan dan  keikhlasan nescaya akan diampunkan baginya apa dosanya yang lalu.[Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmidzi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi] dan dari segi kekeluargaan pula, kita dapat mengeratkan silatulrahim diantara famili.. dimana sebelom ni mak ayah asyik bz je kan.. tapi bila tiba dibulan yg mulia ni, diorang masak sama2, pg masjid sama2 , bertadarus sama2 senang kata everitin is together2 lah..hee.. n ganjaran dibulan mulia ni pon banyak n kita berpeluang untuk "topup" pahala kita berkali ganda.. ;)



till then..
papaii..
p/s:: bila mata tak leh nak lelap, camni lah jadinye...
heee







Thursday, August 4, 2011

.: nila setitik rosak susu sebelanga :.



assalamualaikum korunk...

dah solat terawikh kan??
ni cikbee mau share sket tentang sifat kenegerian yg ado...
jangan kerana ex gf/bf korunk salah, satu negeri ex-gf/bf korunk kutuk...
keyh, baca nih...

sumber dipetik dari beautiful nara...


suka si mulut capoi ni... dia sangat open n tidak bersifat kenegerian...
korunk pon jangan lah ada sifat camtu eaa...xbest ar.. kita kan satu malaysia !!!




till then..
papaiii...
p/s:: pk nak masak sahur apa ye..??





.: Islam itu Indah dan Mudah :.



sharing is caring..
from : Oh ! Islam 



Seorang lelaki British dtg kpd seorang Muslim dan bertanya, 



“Kenapa wanita Islam x dibenarkan berjabat tangan lelaki?”



Muslim itu bertanya kembali, 


“Bolehkah kamu bersalam dengan Queen Elizabeth?” 


Lelaki British itu menjawab, 



“Sudah tentu tidak, hanya org tertentu sahaja dibenarkan utk bersalam Queen Elizabeth.”



Muslim itu tersenyum lalu berkata.



“Wanita muslim adalah ratu dan ratu tidak bsalam dengan lelaki asing." ^__^..






p/s:: Islam itu indah..
till then,
papaiii...








Wednesday, August 3, 2011

.: time goes by :.




cEpAt 


nYe 


MASA 


bErLaLu...






p/s:: dah ramadan ketiga dah kan???
rasa baru je start puasa...





.: baby sophea anak Dr Sheikh Muszaphar :.





sweet gilerr shot camni kan ??



like father like daughter.. 
mesti cantik baby sophea ni nanti kan...



oh ye, 
pic is taken from Dr Sheikh Muzaphar fan club ohkeyyhhh..

p/s:: nak shot camtu gakkk... teheee...
till then..
papaiii..





Monday, August 1, 2011