Monday, December 23, 2013

POSITIF @ NEGATIF. KITA YANG PILIH


Assalamualaikum..

Terpanggil cikbee untuk menulis mengenai sikap negatif dikalangan peniaga. Dalam perniagaan, sikap negatif haruslah dihindari. Malah, guru cikbee pernah cakap, kalau ada dikalangan sahabat kita yang bersifat negatif terutamanya di FB,
remove sahaja dia.

Ada pulak yang kata, nanti memutuskan silatulrahim. Bukan begitu, kat luar bertegur sapalah. Kat dalam FB je pun tak kawan kan..
Untuk elakkan aura positif kita berkurang.

Sebagai contoh, ini berlaku kat cikbee sendiri tau..
Ramai yang nak tahu, harga seminar lanjutan Dr Azizan Osman.
Bila bagitahu then dia cakap
,
"oh mahalnya ??"
"Eleh, seminar biasa je tu kan"
" ah, buatpe bayar seminar camtu?"
"So, lepas balik dapat apa.?!"

Hihi, ramai rupenya yang SEPTIKAL dengan orang kaya berjaya ni. Sedih jugak cikbee for the first time. Yelah, dia ni dikalangan teman rapat jugaklah. Tapi ada cikbee kesah ?? Dia taktahu dan tak alami sendiri pengalaman yang cikbee lalui, sebab tu dia cakap camtu.
Ye dak ??
Dia tak tahu apa yang dah berubah dalam kehidupan cikbee hari2. Apa perkembangan dalam bisness cikbee yang belum cukup setahun pun ni. Takpelah, akan cikbee buktikan kata2 dia tu salah sebenarnya.

Oklah sini je nak share. Dan ada yang bertanya, camana sikap negatif tu.
ok, disini cikbee berikan dalam bentuk point ye.
Senang sikit korang nak baca kan..


1. Tidak pernah bersyukur dan tidak menghargai diri sendiri.
2. Sukar memberi senyuman.
3. Suka marah.
4. Suka menggunakan bahasa tidak sopan atau sindiran.
5. Angkuh dan bangga dengan diri sendiri.
6. Tamak
7. Haloba
8. Tidak menjaga kebersihan diri.
9. Tidak makan makanan seimbang.
10. Tidak bersenam.
11. Malas untuk belajar perkara yang baru.
12. Malu bertanya.
13. Suka menangguhkan kerja.
14. Suka memberi alasan.
15. Selalu membuat andaian negatif.
16. Selalu merasakan diri lebih pandai dari orang lain.
17. Selalu pandang rendah kepada bakat dan kebolehan orang.
18. Sukar menerima pendapat orang lain.
19. Suka salahkan orang.
20. Tidak mahu mengaku kesalahan dan meminta maaf.
21. Sukar memaafkan kesalahan orang.
22. Takut mengambil risiko.
23. Suka memberi komen negatif.
24. Suka ambil kesempatan terhadap kebaikan orang.
25. Suka ambil kesempatan diatas kelemahan orang.
26. Selalu buruk sang kepada orang.
27. Suka memberi dorongan negatif kepada orang lain.
28. Sakit hati dengan kejayaan orang.
29. Gembira melihat kegagalan orang.
30. Suka menjatuhkan maruah orang lain.
31. Suka membuat tuduhan liar.
32. Selalu membuat janji palsu.
33. Suka mencipta cerita untuk memburukan orang.
34. Suka berbohong.
35. Hanya pentingkan diri sendiri


Kita pilih siapa lawan siapa kawan. Untuk berjaya kita perlu berkorban.
Bukan senang nak senang.
Bukan nak menjauhi orang miskin tapi menjauhi mereka yang MISKIN MINDA HATI dan JIWAnya.


Salam kekayaan dan kejayaan.
#SyabiebieyHalym

No comments: