Thursday, October 6, 2011

.: Gunting kemaluan suami :.


TAIPEI – Seorang wanita menggunting kemaluan suaminya sebelum mencampakkan organ itu ke dalam sungai.
Wanita warga Vietnam berusia 30 tahun itu bertindak demikian sebagai membalas dendam terhadap suaminya kerana menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain serta penderaan fizikal yang dilakukan ke atasnya.
Si isteri yang hanya dikenal pasti dengan nama keluarganya, Pan, memotong hampir separuh kemaluan suaminya di rumah mereka di Tainan, selatan Taiwan, ketika lelaki itu tidur selepas mengambil dadah dan pil tidur.
Dia kemudian mencampakkan organ seks suaminya, warga Taiwan berusia 29 tahun ke dalam sungai sebelum menyerah diri kepada polis.
“Dia ditahan atas tuduhan menyerang,” kata seorang anggota polis yang enggan namanya disiarkan.
Wanita itu memberitahu polis, dia tidak menyesal dengan perbuatan terhadap suaminya yang menganggur dan penagih dadah. Polis berkata, Pan mendakwa menderita kerana sering dipukul walaupun dia bekerja di sebuah kelab karaoke untuk menyara keluarganya sejak pasangan itu berkahwin dua tahun lalu.
Hubungan sulit lelaki itu dengan wanita lain, yang sengaja tidak disembunyikannya, mendorong Pan bertindak demikian.
Dia boleh dihukum penjara sehingga 12 tahun jika sabit kesalahan. – AFP

sumber ;









para lelaki sekalian...
gerun tak baca tu ?? gerun tak ??
cikbee baca pon seriau baca.. tapi ikutkan hati mmg padanlah muka si suami tu kan.. dah la penganggur, penagih malah ciap menjalinkan hubungan sulit lagi... memang patotla kene potong ponn.. ha ha

tapi kalau ikutkan akal fikiran, tak patut kita buat macamtu sekali even kita nak marah sekalipon..
banyak lagi cara dan tindakan yg bole kita lakukan kalo nak sedarkan si suami..
tapi, mungkin si isteri sangat marah kerana sering menjadi mangsa..
korunk semua jangan buat ini macam tahu !




till then...
papaiii..
tapi yg bestnye, 
si isteri sanggup serah diri pada polis..
sebab beliau tahu, tindakan nya itu salah disisi undang2..
nota pipi:: wahai wanita, jangan diugut sang suami dengan,,
"abg ! kalo abg curang, ayang POTONG abg punya tau !"

pe sengih2 ?? 
penah lah tu ugut camgithuu kan??
ha ha .





3 comments:

♥ Nana BamBam ♥ said...

omak aih..kejem nyerrr..uhuuh

Kazman / Sue said...

ayoooo...kecut telor membacanyaaa...

Lily RIna said...

dulu ada artis luar negara prnh gunting kemaluan suami dia. Giler betul -__-